my own world



MrRuffyz
November 30th 1986  (Age 23)
Male
Malacca Historical City
free glitter text and family website at FamilyLobby.com
free glitter text and family website at FamilyLobby.com









   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30



free glitter text and family website at FamilyLobby.com

*jamming
*Mc D
*Winning Eleven
*play a gamezzz
*Bugs Bunny
*soccer
*air milo ais
*teh o beng
*Black and dark Blue

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

*all type of SOLDIER
*politic
*hipokrit
*liar-liar
*israel
*bush..sucks!!
*lipas..aaa..

free glitter text and family website at FamilyLobby.com


Man United no.1 fans
guitar
music..rock
sum 41 fans
my chemical romance
system of a down
NIKE stuff
writing..

free glitter text and family website at FamilyLobby.com
Tercipta untukku

looking at your beautiful face
makes me speechless
i understand the meaning of love
the moment you caress my body

many words
which i cant possibly explain
to you.

i want you to always
be there and accompany me
through every step
that life leads me
youre made for me (tercipta untukku)
throughout my whole life.

i want you to always be there and accompany me
through every step
that life leads me
youre made for me
throughout my whole life.
even though time
will call for me
i want you to know
that im always yours
who loves you
my whole life.

Tercipta Untukku - ungu


Jika korang nak tahu entry terbaru dari saya
taip la email korang dalam box ni.
Tu pun kalo korang nak tahu laa..hehe.
hah..tunggu apa lagi..taip la woii..


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Wednesday, August 12, 2009
boikot lagi..

Assalamualaikum..

Apa dah jadi dengan mahasiswa UPSI..hehe malam ini ada persembahan daripada artis lelaki tempatan negara iaitu Faizal Tahir. Difahamkan mereka yang ingin memboikot persembahan malam ini adalah manusia yang sama membuat boikot pada malam kelmarin..hadui la...tak abis2 lagi..dijangkakan 300 mahasiswa akan membantah persembahan malam ini. Apa yang boleh dikatakan, mereka memboikot kerana bantahan mereka sebelum ini tidak diendahkan oleh pihak yang sepatutnyer. so, mereka mengambil jalan untuk meneruskan "perjuangan" mereka malam ini.

Sebab dan alasan mereka adalah persembahan itu tidak mempunyai unsur ilmiah, budaya hedonisme yang suke akan hiburan semata-mata...sesuatu yang tidak memberikan manfaat kepada mahasiswa UPSI..dan perkataan yang palin popular untuk mengambarkan persembahan malam ini..MAKSIAT..Saya masih lagi samar2 tentang puak mana yang menjalankan boikot itu..tapi setahu saya..pro kebajikan..MPP jgak. Mereka akan mengadakan protes malam ini dengan tujuan untuk membantah budaya Hedonisme yang semakin menjadi2 di UPSI la ni..rosak dah mahasiswa UPSI..bakal2 cikgu kite..

Rosak ker? sejauh manakah kerosakan akhlak mahasiswa UPSI? sebegitu teruk seperti yang dibesar-besarkan oleh manusia yang selalu saja memboikot ni? Saya semakin meluat melihat cara manusia2 ni..betul..benar..perjuangan dalam membentuk akidah mahasiswa yang baik selaras dengan pembentukan mahasiswa atau bakal guru yang baik, tapi..cuba lah anda renungkan..adakah kita belajar semata2 untuk mengenal dosa dan pahala saja? bukan kah bidang ilmu itu luas.. lautan itu pun masih sebesar kuman jika nak dibandingkan dengan ilmu yang ada di dunia ini..secara luarannya memang persembahan itu dipandang serong, maksiat..harammmm...tapi tidaklah semua benda itu hendak diburukkan.. sedangkan seekor anjing yang dipandang hina oleh manusia2 ini, boleh membuatkan seorang pelacur masuk ke dalam syurga.. Kita bukan tuhan, yang alim ulama', tok2 guru, tok imam, mereka juga bkn tuhan..mereka tak layak nak jugde manusia kerana mereka juga manusia. Yang layak hanya ALLAH S.W.T saja. Apa yang saya ingin katakan disini, janganlah dipandang serong sesuatu perkara itu, kerana ianya juga mendatangkan kebaikan dan manfaat..cuba lihat encik2, dan puan2 yang duk buka gerai..cari rezeki halal..mereka juga mendapat tempias dengan kehadiran orang ramai di pesta konvo tersebut. Dengan kehadiran artis itu, kita juga boleh membuat seribu kebaikan..jangan lihat ianya tidak memberi manfaat kepada mahasiswa.. ingat dengan memboikot tu, dapat manfaat sangat ker? memalukan orang, memalukan nama UPSI, memalukan orang yang memakai pakaian yang sama dengan manusia2 tu..baik ke kalau macam tu? cukup2 lah..jika betul tidak suka kepada budaya kononnya mengatakan mahasiswa UPSI suke kepada hiburan..tak payah lah datang.  Jika kehadiran mereka disambut dengan polis2 dan unit keselamatan kampus..manusia2 ni akan kata mereka tidak melakukan apa2..cume memberikan bantahan..tak tengok ke apa yang jadi dengan bantahan ISA tu? konon nak tegakkan keadilan..nak jatuhkan kezaliman..tapi sapa yang jadi zalim akhirnya? abis jejaskan perniagaan peniaga, mengganggu perjalanan dan jalan raya di ibukota, mana tau ade orang yang dalam kecemasan, kematian ke, tak ke menyusahkan orang lain tu? zalim jugak..tak pasal2 kena bayar ganti rugi rm10 juta..padan muke. sapa suh cari bala..orang dah beritahu, jika tak suka...gunakan landasan yang betul..bukan dengan cara dan budaya luar ni..ISLAM itu agama yang mudah..oleh itu permudahkan..jangan menyusahkan diri dan juga orang lain...


Wassalam..

Posted at 06:36 pm by MrRuffyz
sila la komen  

Tuesday, August 11, 2009
huh!

Assalamualaikum..

Saya pergi ke karnival sempena KOnvo di UPSI malam tadi setelah diajak oleh insan tersayang..hehe ape lagi, jalan2 tengok2 jualan yang ada, makan nasi kukus ayam rempah..best, tapi ade ke bagi sudu ngan garfu plastik...ingat nak makan dadih ke..ayam tu..mane la lut..huhu Masa majlis perasmian karnival, saya duduk di sudut tepi gelanggang futsal di tepi Gym. So..saya dengar lah amanat TNC UPSI sebelum merasmikan majlis tersebut..eh..jap..undur skit..sebelum itu, pengerusi karnival berucap..hmm..bukan nak menghina..tapi takde ke laki yang sejati...adui la.. suara punyer la ayu...huhu Selepas TNC berucap..persembahan nyanyian daripada artis tempatan kita yang popular dengan lagu tema "bersamamu"..akak Jacklyn Victor.. Namun apa yang menarik perhatian saya..ada segelintir daripada kumpulan yang membantah persembahan nyanyian tu membuat demo..cuba memboikot persembahan tersebut..caranya sungguh simple..mungkin ada yang tak perasan,,tapi saya perasan! mereka blah dari khemah VIP, tempat mereka berkumpul semasa TNC menyampaikan amanat sebelum merasmikan majlis tersebut...ape daa....ni amik skit berita terkini daripada blog UPSI Kini.

Tanjong Malim, 10 Ogos – Persembahan Jaclyn Victor pada akhir majlis perasmian Pesta Konvo malam tadi dikawal ketat pengawal keselamatan dan polis yang berkeliaran serta membuat pemantauan di sekitar kawasan majlis berlangsung.

Tinajauan UPSIkini sejak mula majlis berlangsung mendapati pihak yang membantah persembahan Jaclyn Victor malam ini turut berada di kawasan majlis berlangsung tetapi beredar beramai-ramai sejurus selepas pengerusi majlis menjemput Jaclyn naik ke pentas.

Kumpulan tersebut pada awalnya duduk di barisan hadapan bagi mendengar ucapan dan acara perasmian Pesta Konvo secara serentak beredar meninggalkan tempat duduk masing-masing tanda protes terhadap persembahan malam ini.

Sumber yang ditemui turut melaporkan pihak keselamatan sememangnya membuat pantauan dan pemerhatian lebih ketat perjalanan majlis malam ini selepas mendapati tindakan luar biasa kumpulan yang membantah duduk di hadapan pentas sebaik bermulanya majlis pada kira-kira jam 8.45 malam.

Mereka juga diarahkan berbuat demikian oleh pihak atasan selepas mendapat maklumat mengatakan akan berlaku provokosi daripada pihak pembantah semasa persembahan tersebut berlangsung.

Namun, sehingga akhir program, tiada sebarang tindakan provokasi dilaporkan berlaku.

Sementara itu, sumber turut mengatakan perancangan untuk membuat tindakan protes memang ada dirancang oleh pihak pembantah namun dibatalkan di saat-saat akhir selepas mendapati terdapat bilangan pengawal keselamatan dan polis yang agak ramai di kawasan terbabit.

Wakil Pro Kebajikan yang ditemui bagi mendapatkan respon berkenaan tindakan tersebut dilaporkan enggan memberi komen dan hanya akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

Kalau nak bantah pun..bantah sebelum proposal mengenai persembahan tu dibuat.. Yang peliknyer..yang membantah tu pun MPP..bantahlah masa korang meeting, bukan beberapa jam lagi sebelum persembahan...hadui laa...ingat diorang guna air liur ke wat semua tu..ramai jugak orang luar yang datang aku tengok..siap ade yang berkerusi roda lagi..maksiat...hedonisme katanya...sebab tu nak bantah..tapi at least diorang ade jugak usaha nak tolong orang yang susah..macam kutip derma untuk pembinaan sekolah semasa persembahan Jacklyn berlangsung.Yang kumpulan duk wat protes tu wat ape? duk protes je..tapi habuk pun takde..rasanyer takde insiden negatif yang berlaku..cume datang tengok and then balik..kalau lah persembahan itu dibatakan..kesannya macam mana? ada ke diorang yang duk protes tu pikir?
huh!!!......

Posted at 01:14 am by MrRuffyz
sila la komen  

Monday, August 10, 2009
selamat ke...ntah la..

Assalamualaikum..

Hmm..dah abis cuti kuarantin H1N1..sempat gak g kuantan tu..hehe Tg Malim dah kembali seperti biase, dipenuhi pelajar yang seperti semut menghurungi gula.. So pas ni kne lagi ke pakai topeng samurai tu.hehe.. Harap2 dah selamat lah..ni baru je saya baca portal..pelajar boleh sambung cuti..tapi pada yang de selsema or demam jer la..huhu. Ingatkan sume leh sambung cuti lagi...hihihi keje dah banyak tunggu nih..adui laa...

Minggu ni UPSI sibuk dgn konvo..rasanyer sume U kt malaysia ni tgh sibuk sama. Kakngah konvo 13 hb..so arini die,mak ngan abah dah grk g USM penang..selamat berkonvo wahai Dr Siti Saleha..hehe Citer bab konvo ni..saya terbaca dalam blog UPSI kini..ade ke nak dibantah konsert konvo..hmm...nak elakkan budaya Hedonisme katenyer.. Rasenyer budak UPSI ok jer kot...bukan diorang nak terlompat2 tgk konsert Jacklyn Victor ngan Faizal Tahir tu..ape daa..kalau takut sgt menda x best berlaku, asingkan jer pelajar laki perempuan..senang..kalau dah xde konsert tu..tak ramai lah yang bertandang kat pesta konvo tu..huhu rugi lah sape yang cari rezki buka kedai mase pesta konvo tu..tapi dari pengamatan saya..bagus jugak..hehe bukan ape..kang skang H1N1 sedang melanda..kalau de perhimpunan melibatkan ramai orang ni..susah la..mana lah kiter tau..kot2 ade yang positif duk lepak sama..haa..kang dapat cuti lagi...huhuhu

So..persoalannyer skang..selamat lagi ke? ntah la...tawakal jer la...


Posted at 12:13 pm by MrRuffyz
sila la komen  

Thursday, July 30, 2009
UPSI...H1N1 da datang..

Assalamualaikum..

H1N1 kini sudah tiba di bumi Tg Malim..dan menyerang pelajar UPSI.. semalam, ketika saya sedang bersedia untuk beradu..handset saya berbunyi..dapat msg dari kawan2, UPSI kne kuarantin...hahh..sudah...tapi, ape yang saya dgr adalah sorakan suka ria kerana dapat cuti seminggu...ciss..ape daa..orang lain tgh risau, ade jgk yang duk suke ria..

Maka berduyun-duyunlah warga UPSI di Pekan mencari tiket balik..saya bagaikan tak percaya, melihat pekan yang selalunya macam dalam cerita koboi telah hidup semula..lebih dasyat dari cuti raya..nasib baik tiket mawar dapat dicari..ape lagi..bas NIK la..lega rase..so..cuti telah diumukan secara rasmi..1 hingga 9 ogos. seminggu. hmm..ape la aku nk wat seminggu ni..balik mlake 3 hari, lepak kuantan 5 hari..pastu blik sini smula..ok kan?

Harap2 virus selsema babai ni tak jadi semakin teruk..takut2 jadi macam kes yang dulu..hampir separuh warga dunia terkorban dalam satu penyakit yang berbahaya..ape ntah nama penyakit tu..jangan lah jadi sebegitu teruk..semoga semuanya selamat..AMIN..

Posted at 09:23 am by MrRuffyz
sila la komen  

Monday, July 27, 2009
if that happen again..

Assalamualaikum..

If that happen again..hmm..saya masih lagi rasa kecil hati, sakit hati, makan hati dan sewaktu dengannya. Ntah kenapa darah saya naik petang tadi. Menggigil tangan tahan marah dalam kelas tadi..susah nak terangkan, tapi kalau sape yang berada dalam diri saya waktu ini akan dapat merasakan sesuatu yang kurang enak dalam jiwa ni.. Memang mulut cakap lain, tapi hati masih lagi menahan sakit..hal sebegitu bukan boleh dirawat 3,4 jam dah baik. Kenapa lah ia masih lagi berlaku..masih lagi tidak mengerti.. sudah berbuih-buih mulut ni beritahu..tapi masih lagi berlaku..dah tak tahu nak cakap macam mana..

Cuba lihat persepsi sekeliling dengan apa yang berlaku ni..bukan dilihat dan dinilai dari satu sudut jer..yang pelik nya saya tak termampu untuk lakukan sebegitu..memang tak tergamak..tapi kenapa ia masih jugak berlaku? saya dah serik sangat ape yang berlaku dulu..sangat2 serik..darah ni boleh naik bila perkara ini diungkit kembali, biar pun saya berkali pesan..don't do that again..it make me feel so bad...but it's still happen..please..saya dah tak nak jatuhkan martabat saya lagi..duk merayu2 macam orang mintak sedekah..apa yang saya larang ada sebab musababnye..bukan suke2 nak larang..

Saya harap ini untuk terakhir kali...if that happen again... it's gonna be too late to apoligize..

Posted at 10:54 pm by MrRuffyz
sila la komen  

Tuesday, July 21, 2009
Keje..keje..keje..

Assalamualaikum...

Sabtu lalu saya menghadirkan diri ke mesyuarat agung persatuan persuratan melayu a.k.a persatuan rasmi pelajar kesusasteraan melayu UPSI. Hmm..ntah da rezeki kot, saya telah dipilih menjadi Presiden persatuan..da sem 5..tak sedar plak..huhu. Tercapai jugak hasrat si Hasmah...haha nak sangat saya naik. Dari sem 3 saya larikan diri dari persatuan ni..malas nak ade komitmen..iyelah...pepaham je la kan. Tak pegang ape2 jawatan pun saya dah busy sangat..smpai mawar slalu marah2..kate saya ni busy sangat..

Sem ni lagi la..dah pegang jawatan tertinggi persatuan..Dr Rosli plak dah bagi keje da. Dia bagi saya no.tel S.M zakir..anak arwah S.Othman Kelantan..katenye saya kena arah kn yang len tuk bentuk 1 jawatankuasa untuk program puisi kat Rumah PENA.. hmm..so..kena la handle menda nih..selewatnya sebelum puasa. Saya dah pun beritahu Fuad..die jelah yang boleh saya harapkan..sorry la bro..slalu mintak tolong lu..huahaha. Ape pun, menda ni kena setel dulu. Pastu saya join Battle of the Band lagi sem ni..kali ni Kolej Zaba plak tuan rumahnyer..huhu Lagu ape nak bawa ni..aduss..tiap kali battle mesti pening nak pilih lagu..kali ni ikut saje pada ahli band yg len..saya x kisah. Malas nak pikir..huhu kalo bley bawa lagu melayu plak kali ni..rase mcm nak indi kan je lagu juliana banos..tiap detik..cam best jer..huhu suke lagu nih..

Harap sem ni bleh la balance sume keje2 ku itu..dah 2 sem ni pointer merosot.. Biarlah de tekanan skit sem ni..saya slalu amik mudah tentang stdy..padan muke.. kali ni insyaallah saya cube lagi..sehingga pointer saya nek kembali....

Posted at 10:29 pm by MrRuffyz
sila la komen  

Thursday, July 16, 2009
Time to settle down..huhuhu

Assalamualaikum...

Hari ni bangun2 je dapat msg dari mawar..KPM dah msuk..syukur alhamdulillah.. Tapi yang tak bestnyer, duit saya kurang seribu daripada orang len. Nak tau sebab pe? Macam ni cite dier..mase sem 3 dlu saya masih lagi dibawah pembiayaan PTPTN. Dalam pada masa yang sama, KPM telah pun diluluskan..saya menanti duit KPM ketika itu.Namun ape yang memeranjatkan saya, apabila saya pergi draw duit..dalam akaun saya ada 2+++ camtu lah..tak brape ingat. So saya pun dengan suke ati menggunakan duit tersebut tanpa hadnyer..mana x suke..mase tu plak berasap tgh tunggu KPM x kuar2 lg..Ketika diselubungi kemewahan sementara itu, saya tidak dimaklumkan langsung tentang pembayaran duit kolej sehingga pada suatu hari duit saya pun ketika itu sudah mencecah angka rm900..huhu dasat btul cara berbelanje..saya dimaklumkan perlu bayar duit kolej sendiri..what????? duit dah kering baru kuar notis?
 
Nak dijadikan citer..saya pun mengabaikan notis tersebut dan berpendapat KPM akan melunaskan segala hal hutang piutang saya itu..saya makin yakin apabila berbual dengan seorang rakan ynag juga pemegang biasiswa KPM.(nama dirahsiakan) Oleh yang demikian, setelah 2 sem berlalu..baru hutang itu muncul dalam akaun saya..patutlah masa cek result aritu die tulis saya ada hutang tertunggak rm942..almost rm1000.. maka terkejut beruklah saya ketika itu..ditambah pula yuran pengajian sem ini..hutang saya menjadi rm16++..setelah ditolak dengan biasiswa saya yang berjumlah rm4545..hutang saya pun sudah dilangsaikan serta merta dan yang kesiannya..baki wang biasiswa saya hanya tinggal rm2800...waaaaa.....mana cukup...tak dpat nak bli gitar baru...waaaaaa..

Makanya disini, saya menegaskan bahawa..berbelanjalah dengan penuh berhemah..duit tu bukan untuk dijoli sakan..tapi digunakan untuk tujuan yang berfaedah..(sobb..sobb..insaf daa..) Oleh yang demikian..saya telah merangka satu draf untuk perbelanjaan saya pada sem ini...huhu...jimat..jimat...

Wang yang ada - rm2800

duit uma sewa - rm654
duit streamyx - rm60
duit buku dan pembelajaran - rm250
duit simpanan masa depan -rm400
duit makan minum - rm400 utk 4 bulan.(1 sem)

Jadinya..baki wang saya tinggal..rm1000..waaa...tak berbaloi btul...rasa macam nak jual je gitar aku tu..kepada sesiapa yang berminat nak ade gitar sendiri..aku nak wat promosi ni..gitar SX fender copy rm400 siap bagi gig beg, 1 gadget dan kabel free. Adui laa..nasib baik la bulan ramadan menjelang tiba..bley safe sebulan...sem depan kena berhati2..duit masuk banyak..tapi xleh nak boros dah..

Posted at 02:29 pm by MrRuffyz
sila la komen  

Saturday, July 11, 2009
hati ku sudah terpaut..

Assalamualaikum..

Adui..kenapakah beliau sungguh cun skali..hingga hati ini terpaut melihatnyer...



yang kaler brown tu...cutting les paul..aduii...hatiku sudah kau miliki...huhuhu ader rejeki memang ku sambar kau wahai gitar...ko tunggu je la yer..bye2 my black sx.. jasamu akan ku kenang...

Posted at 07:45 pm by MrRuffyz
sila la komen  

Wednesday, July 08, 2009
Pengalaman semasa menjual surat khabar..

Assalamualaikum..

Apa yang saya dapat lihat daripada pengalaman saya sebagai penjual surat khabar pada musim cuti sem yg lalu..sungguh banyak..huhu kite mulakan dari segi inti pati surat khabar itu dahulu.. sememangnyer banyak jenis akhbar yang saya jual..dari akhbar utama, tabloid sehinggalah akhbar dari pihak pembangkang..seperrti harakah,sahsiah,keadilan dan wasillah. Apa yang dapat saya perhatikan dalam isi akhbar tersebut adalah saling mengutuk sesama sendiri..that is politics..so stupid dumb-dumb..mana tak nyer, yang pembangkang tak abis-abis kate kerajaan itu ini, sampai sanggup mengatakan kalo sokong pembangkang masuk syurga? what the ****?? abis yang sokong kerajaan sume masuk mane? adui la..semuanya jadi kelam kabut disebabkan agama pun nak dipolitikkan..so what? memang itu cara mereka masing-masing..nak pengaruh masyarakat. yang kerajaan pula asyik cakap rakyat didahulukan..tapi masih banyak lagi yang mundur..tak cukup itu ini..kan? apa yang boleh saya rumuskan disini, sesiapa saja pihak yang berjaya menerajui kerajaan tak kira lah dari parti mana sekalipun akan merasai apa yang dirasakan oleh BN/UMNO. tak percaya? cube skali undi pembangkang pada pilihanraya akan datang dan kite tengok apakah mereka boleh kotakan semua janji2 yang terdapat dalam manifiesto mereka.. kadang-kadang saya seakan-akan menyebelahi pihak kerajaan kerana mereka terpaksa melakukan pelbagai cara untuk memuaskan hati semua pihak..yang pihak pembangkang asyik duk kritik, itu tak betul, ini tak betul..korupsi, kolar putih, makan duit royalti, kroni dan macam2 lagi lah..pembangkang boleh lah cakap, diorang dari pada dulu memerintah 2,3 buah negeri jer..memang lah bley sukses..cube lihat negeri Kelantan tu..memang saya selute abis..memang layak di puji, tapi pernah ke korang sume pikir, bagaimana kalau pembangkang menerajui kerajaan Malaysia? boleh ke ade semua kemudahan yang korang dapat sekarang..daripada mundur, skang dah maju dah..kcuali yang luar bandar lah..ade segelntir yang belum maju..tapi at least nampak usaha BN/UMNO nak majukan negera kite ni kan? so..nak bersyukur ke tak nak? itu hak masing-masing lah.. isu yang paling terbaru..nak wujudkan kerajaan perpaduan disebabkan melayu sekarang dah pecah belah..disebabkan oleh ape? ade ke korang pikir? sebab politik lah..orang bukan melayu sekarang dah mula buat kenduri kesyukuran dah..diorang gelakkan orang melayu yang bingai sebab nak kejar pengaruh dan kuasa..huh..sampai lupa yang bangsa sendiri dah kucar kacir..memang patut dipuji hasrat Presiden Pas tu, tapi disebabkan ketua umum PR..semuanya ditolak bulat-bulat atas alasan itu hanya permainan silap mata oleh BN/UMNO..haha..ade ker..memang lah dulu diorang dah cube gabung, tapi PAS keluar atas sebab-sebab yang saya pun kurang pasti..tapi itu cerita lama..kata parti yang mengikut landasan ISLAM..tapi bile orang mintak maaf, lupakan sejarah hitam dulu..diorang tak mahu..serik..what ever la.. so..PAS bekerja sama dengan PR untuk selamanya kot.. Yang tak tahan, ade saya terbaca satu komen dari ahli keadilan dalm akhbar sinar harian, die kate selagi BN pegang, masyarakat akan rugi, tapi kalau keadilan pegang, boleh bagi rm500 sebulan untuk penganggur?hahaha...ini baru lawak.. boleh ke? eee..tak sabar betul saya nak tunggu PR menang..nak tengok boleh ke diorang buat macam tu..sungguh yakin betul.

Bagi pandangan sayalah..apa yang perlu dibuat ialah, BN/UMNO perlu betul2 ikhlas dan jujur dalam hal untuk  membentuk satu kerajaan perpaduan..kalau setakat ajak2 ayam atau nak main2..baik tak payah..bnyak lagi masalah dalam parti masing-masing..so kenalah kukuh kan dulu baru bley bincang menda lain. Yang PAS/PR plak janganlah duk main kan fikiran rakyat dengan janji-janji yang akan lame2 menyesatkan orang..terutamanya melayu..agama tak patut dipolitik kan demi kepentingan dan nak kan pengaruh rakyat. Kalo orang tu dah memang warak/alim semuanya akan dipandang mulia. Bukannya dengan heboh sane sini kutuk orang itu kafir, ini haram itu haram tapi hanya pada cakap saja..kan. Bangunkanlah bangsa kite yang dah mula mundur ni..jangan asyik pikir nak menang itu ini tapi keikhlasan tu da makin kurang..

Kita masuk plak bab pembeli yang datang membeli..hehe ni yang best nih..macam-macam ragam yang saya jumpe..ade yang jenis kurang sabar, ade yang jenis kurang ajar, blurr je, sopan santun, cover ensem, cover cun, peramah, senyum sokmo, orang giler, orang indon, pakistan, bangla, jepun, mat saleh, ore klate, ore gannu, makcik tua, nenek tua, mak datin, YB, to sidang, eh..macam2 jenis lah..yang bestnyer bile ramai orang..seronok pegang duit bebanyak..haha..tapi yang tak bestnye bile ade customer yang kurang ajar.. bagi duit pun baling,campak jer..memang saya wat tak tahu je kalo customer camtu.rasa nak ludah jer muke die. tapi ape bley buat..motto orang yang meniaga..customer always right..right?? Segala pengalaman yang saya dapat pada cuti kali ni memang akan saya ingat sampai bile2..kadang2 kan..orang tak tahu yang saya ni masih lagi student..bakal pendidik..haha..sume tanye..kenapa kejap ade kejap takde..ade tu yang tak layan jer saya, sebagai contoh makcik kedai makan depan ni..ade anak dare,3 ore..memang cun..tapi disebabkan saya ni hanyalah seorang penjual surat khabar, macam nak taknak jer layan saya..tapi bile dah tahu siapa saya sebenarnyer..mulalah..kemain baik pulak..siap dapat free gift lagi kalo makan kat kedai die..haha ape lah makcik tu..pandang status rupenyer..tak baik betul..kalu betul pun [enjual surat khabar apa salahnya..janji keje halal. daripada penganggur kan? lagi ler..menyusahkan orang...

So..ade hotak pikir sendiri..mana yang baik itu yang patut kita turuti. Bukan untuk memecah belah kan kaum sendiri. Orang cina. orang india sume ade wawasan nak maju kan kaum sendiri, kita? masing2 nak jatuhkan sesama sendiri..patut ke tu? saya tetap dengan pendirian saya..selagi mana yang mampu mentadbir dengan baik..itu lah yang saya sokong 100%. Kite sebagai rakyat ada hak untuk memilih. Dalam setandan pisang tak semuanya busuk..yang baik pula..mesti ade juga keburukannya..ingat tu je..dah hukum alam macam tu..mawar marah saya sokong UMNO/Kerajaan..tapi sokongan saya berasas..memang diorang dah buat taik dengan family awak..itu hak awak untuk membenci..dengan saya tidak.UMNO banyak tolong keluarga saya...orang Melaka. Kalo takde diorang..abis tanah kat melaka cina beli bawak balik singapore dan Kami dah takde tanah sampai hari ni..

Posted at 09:27 pm by MrRuffyz
sila la komen  

Monday, July 06, 2009
Mahu ke tak mahu..

Assalammualaikum..

Letih la hari ni..dari pagi sampai magrib saya mengadap kelas jer.. Hari ni lah hari yang paling penat..kelas penuh. Peh..tapi paling x best subjek Sejarah asia tenggara tadi.. memang pening lah..dah la lec speaking BI jer..assigment sepatah haram saya tak paham..pelik..mase mula2 die masuk saya dah mula rasa nak drop. Tapi bile pikir balik, macam leceh pulak..bukan sebab dia mengajar dalam BI, tapi..ye lah..sape nak blaja kalo suasana tak interaktif dan seronot kan..haha saya sangat takut kalo2 subjek ni akan merosakkan pointer utk sem ni..sem lepas pun pointer jatuh..tak kan nak biar kan pointer sem ni jatuh lagi..adui..risau2...

Tapi lepas mintak pendapat orang ramai, pakar-pakar dalam bidang sejarah ni..hehe saya mula rasa..nak terus kan la..semua benda dalam dunia ni susah kan..kalo usaha sikit bley la..asal jangan repeat udah ler..huhu mintak2 jauh le..lagi pun sem depan dah last amik minor..bior le semua ni abis ikut rancangan sebenar..senang..tak per le, susah2 dulu..senang kemudian. Tinggal 3 sem lagi nak naikkan PNGK..at least biar dapat 3.40 keatas..hati pun senang bile dah abis belajo nati..huhu ape pun hadap je la...kena usaha lebih sikit sem ni..kurangkan kontroversi..tingkatkan prestasi.. chaiyoooooo!!!!!

Posted at 07:46 pm by MrRuffyz
sila la komen  

Previous Page Next Page