my own world



MrRuffyz
November 30th 1986  (Age 23)
Male
Malacca Historical City
free glitter text and family website at FamilyLobby.com
free glitter text and family website at FamilyLobby.com









   

<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



free glitter text and family website at FamilyLobby.com

*jamming
*Mc D
*Winning Eleven
*play a gamezzz
*Bugs Bunny
*soccer
*air milo ais
*teh o beng
*Black and dark Blue

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

*all type of SOLDIER
*politic
*hipokrit
*liar-liar
*israel
*bush..sucks!!
*lipas..aaa..

free glitter text and family website at FamilyLobby.com


Man United no.1 fans
guitar
music..rock
sum 41 fans
my chemical romance
system of a down
NIKE stuff
writing..

free glitter text and family website at FamilyLobby.com
Tercipta untukku

looking at your beautiful face
makes me speechless
i understand the meaning of love
the moment you caress my body

many words
which i cant possibly explain
to you.

i want you to always
be there and accompany me
through every step
that life leads me
youre made for me (tercipta untukku)
throughout my whole life.

i want you to always be there and accompany me
through every step
that life leads me
youre made for me
throughout my whole life.
even though time
will call for me
i want you to know
that im always yours
who loves you
my whole life.

Tercipta Untukku - ungu


Jika korang nak tahu entry terbaru dari saya
taip la email korang dalam box ni.
Tu pun kalo korang nak tahu laa..hehe.
hah..tunggu apa lagi..taip la woii..


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Monday, November 02, 2009
Banner concert TM 2009

Salam..

Percaya atau tidak..saya dan sahabat band saya telah diundang untuk menyertai Banner Concert TM 2009 di Sunway Pyramid sabtu lalu. Bagaikan mimpi..hahaha ayat tak tahan...huhu sebenarnya kami diundang menerusi alamat myspace kami dan juga no telefon aan yang ada kat iband.com. So kami pun sangat lah teruja nak perform kat sane tu. Cume 4 ari saja kami sempat practice dan lagu yang diminta adalah Through my window, iaitu lagu iklan TM..ala..yang BUnkface bawa dalam iklan kartun kertas tu..dan juga lagu kami sendiri..tajuk tak tahan..Until the end of nite...hahaha

Kami mendapat 1 pengalaman baru yang mungkin kami sendiri tak pernah terpikir nak dapat..nama band kami pun orang tak kenal..tapi kenal dalam internet je laa..hahaha Kami pergi menaiki kete aan yang tak brape nak besar tu..hehe dan kami sampai on time tanpa sesat di bandaraya KL tu..huhu Perform kul 2..dan kami band yang pertama. so..set up barang, sound and everything..and then perform laa..Abg Kiran dan ant sebagai pengacara dan juri terdiri daripada sham kamikaze, abg bob editor majalah ROTTW dan aru dari Koffinkanser. Peh..memang macam concert btul la..kami pun perform agak ok la kalo nak dibandingkan dengan perfoment kami sebelum nih..huhu yang bestnye..saya nyanyi penuh semangat..bak kata lie..siap buka kekuda lagi..hahaha rockkk bebehh...



mute too silent..yeahh..hehehe



pas kena interview ngn abg kiran dan antz..dj Xfresh.fm..



ni stage die..comel kan..huhu



sebelum perform..set up barang and sound dulu..


so selesai perform..kami lepak jap tengok The Mustards perform dan 1 band Uitm shah alam..power giler diorg tu..ape2 pun..kami tak berharap sangat pun msuk final..macam biase..cari pengalaman dulu..huhuhu Saya duk ctu pun dah rase best sangat..mau taknye..kejap kang kne interview..kejap kang sesi bergambo plak..kami pun amik la peluang..konon2 mcm artis laa..hahaha tepat kul 4 kami pun chow..blik tg malim..




Posted at 11:36 am by MrRuffyz
sila la komen  

Saturday, October 31, 2009
Good Luck...to you..and to me..

Salam..

Saya ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir sem kepada semua sahabat yang dekat dan jauh di mata. Semoga mendapat kejayaan cemerlang..korang exam lambat lagi..saya arini da mula dah..exam untuk band saya..hehehe. Kami ade audition kat Sunway Pyramid..nak maklumat lanjut layari everyoneconnect.net. So.. da 2,3 arini kami asyik menyalak je kat studio di pekan tg malim. Harap2 semuanya bjalan lancar lah hendak nyer..takut jgk ni..biase la..setiap kali nak perform..mesti rase takut..tp dh kat atas pentas..tak ingat dunia daa..huhuhu Takut seh...

Posted at 08:34 am by MrRuffyz
sila la komen  

Saturday, October 10, 2009
sakit..

Kesakitan yang amat sangat...adui...

Posted at 10:59 am by MrRuffyz
sila la komen  

Thursday, September 17, 2009
Selamat hari raya aidilfitri...2009

Assalamualaikum..

Wahhhhh..masuk kali ini, dah 3 kali saya beraya sebagai seorang student..hehe belum cukup syarat nak bagi duit raya kat orang lagi..huhuhu. selamat aku.. Ape pun, raya kali ni jatuh pada hari Ahad..insyallah..kalo xde halang melintang. Saya masih lagi di rumah sewa..di Tg Malim ni..esok baru saya berangkat pulang..pagi tadi nizam tolong beli kan tiket ke pudu..namun yang sedih nye, tiket ke Melaka takde..huhu Sedih tul..nak balik raya mesti syahdu giless..huhu kemas beg sambil dengar lagu Ahmad Jais...pehh..



Saya call abah dan mintak tolong pakngah saya yang bekerja di pudu tu..namun..saya sekali lagi dikecewakan..saya kena naik dari Bukit Jalil untuk balik ke Melaka..ooh tidak..kenapa sungguh seksa nak balik Melaka..huaaaaaaaaaa..Sok pagi, pukul 9 saya , Nizam dan Yunus akan meninggalkan rumah sewa ini..hanya kami 3 orang je yang ada esok..huhu So..di sini saya ingin mengucapkan Selamat hari raya Aidilfitri..Maaaf Zahir kepada semua dan Batin utk tersayang je..huhu Harap raya tahun ni dapat ditunjukkan sesuatu yang lebih bermakna..Amin.



Kepada Mawar , rakan-rakan kelas..ATO1..Program Pendidikan Kesusasteraan Melayu 07/08, Pensyarah-pensyarah Sastera, Pensyarah -pensyarah Sejarah, Ahli-ahli Persatuan Persuratan Melayu sesi 08/09, Budak2 uma sewa Tmn U 31, kengkawan  group Bimbingan, group sejarah dan semua yang mengenali diri ini tak kira yang jauh mahupun yang dekat sangat..huhu saya memohon ampun dan maaf jika ada tersalah bahasa atau buruk laku dengan korang sume..ayahanda mintak halal dari dunia sampai ahkirat..(ayat Ahmad Nisfu dlm drama 3 abdul..)hehe..selamat bercuti..rileks2 kan diri anda setelah bertungkus-lumus siapkan esaimen..huhu

Posted at 03:02 pm by MrRuffyz
sila la komen  

Sunday, September 13, 2009
Glory..glory Man U...

Assalammualaikum..

Semalam.. selepas ku penat memerah tenaga membuat esaimen..saya cube mencari alternatif untuk melepaskan penat lelah ini..huhu dengan menonton perlawanan bola EPL..apa lagi..pasukan fevret ku..Man United. Perlawanan Man U dengan Tottenham Hotspurs. Saya, Aan, PP dan Lie pergi melepakkan diri di kedai Piooorr...kat ulu bernam. Ok la..ade skrin besoo..huhu puas tgk bola.

Pada mula perlawanan Man U terkena dulu..ape daa..Tottenham mendahului 1-0, namun selepas itu Man U menguasai perlawanan dan akhirnya..otai winger Man U..Ryann Gigs memecah kebuntuan dengan freekick yang cun melecun macam maya karin..huhu Keputusan terikat 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama. Separuh masa ke2 menjanjikan perlawanan yang betul2 menghangatkan suasana. Saya turut join brader2 yang duk menjerit bersorak..bior pun tak goll..hahaha. Dan tiba giliran Anderson menambah derita Tottenham dengan sepakan ala2 Gerrard dalam kawasan kotak penalti..Perlawanan semakin panas apabila Paul Scholes dibuang padang..ape daa..da tua2 pun nak men kasar..hehe takpe2..Man U kalau men 7 orang pun bley menang..hal ini dibuktikan dengan kehadiran gol yang ke3 hasil rembatan Rooney lantas memadam rekod sombong Tottenham yang dikatakan tidak pernah kalah keempat2 perlawanan awal..padan muke kooo...len kali jangan sombong sgt..kan..dah kena..

Sekarang ini Chelsea masih lagi mendahului EPL..xper..beza 3 mata jer..Man U ke2 dan Man City ke3 selepas menundukkan Arsenal 4-2..pehh..bley tahan...huhu Sebuah lagi kelab yang menjadi perhatian saya adalah Liverpool yang telah menundukkan Burnely 4-0..hatrik daripada Bennayoun..huhu bagus2...So lepas tgk bola, saya pun balik dengan hati  yang gumbiraa..hahaha glory..glory man u...lalala...

Posted at 05:48 pm by MrRuffyz
sila la komen  

Thursday, September 10, 2009
Macam keldai..

Assalammualaikum..

Rasa terpanggil untuk memberikan sedikit komen mengenai isu yang dibuat oleh warga Indonesia yang tak berakal ni.."sweeping Malaysia"..what the hell..Apa yang ada dalam pemikiran orang-orang indon yang bodoh ni. Hmm..nak usir rakyat Malaysia kerana sedikir perselisihan paham. Dari dulu saya dah terbaca dalam forum keldai-keldai ni, diorang kutuk Malaysia habis-habisan kerana diorang berpendapat yang kita ni tiru budaya dan pelbagai barangan yang dibuat oleh mereka. Apa punyer manusia...nak cakap pasal hak la konon..

Punya ramai orang indon yang datang cari rejeki kat sini, kita tak ganggu pun. Tapi yang bangsat perangai macam sampah tu je yang dihantar balik atau dihukum..yela..dah buat salah..kena la hukum..tak kan nak timang-timang bagai menantang minyak yang penuh plak kan. Itu pun tak tahu bersyukur lagi orang-orang indon ni..patut lah ALLAH beri bala kat korang ni..Cuma apa yang bermain difikiran saya, bagaimana kalau isu ini semakin menjadi-jadi dan ianya menjadi lebih radikal..hmm..perang la kot..

Bulan baik ni..diorang buat menda yang bangang macam tu..memang dasar orang yang bertamadun..dah miskin, orang hidup merempat, tapi berlagak macam maju sangat..dah dasar manusia yang tak tahu erti budi..macam tu la jadi nyer.. Harap kerajaan Malaysia biat sesuatu..usir jer mamat indon ngan minah indon nih..tak payah guna khidmat mereka lagi..ramai lagi warga lain yang nak datang cari duit kat Malaysia ni..dasar anak pungut..bukannya nak berterima kasih..madu yang diberi..racun pula yang dibalas...

Posted at 07:56 pm by MrRuffyz
sila la komen  

Monday, September 07, 2009
Raya...oh raya..

Assalamualaikum..

Huhu..saat getir menjelang tiba..apabila terdengar lagu raya yang berkumandang di bilik atas (itu keje si matju lah tuu..) saya mula teringat akan kenangan berhari raya di kampung..hahaha.. Tengah sibuk buat esaimen pun boleh berangan pasal raya..ape daaa.. Sebenarnya saya tengah bosan tahap gaban..asyik mengadap esaimen Dr Talib ni..teori semiotiknya..adui laa..saya pun beralih arah ke blog ni..huhu hilangkan sedikit tekanan..

Jam pun dah menunjukkan jam 12.50 pagi..hari ke..brape eh..haha..hari ke-17 berpose di Tg Malim ni..huhu jauh dari keluarga..memang sedey bosss.. tapi ape nak buat..dah blajo di Universiti ni kan..kena lah tempuh semua ni. Kalo dulu, mase belum masuk UPSI, masa2 macam ni saya tengah lepak dengan kawan2 saya di kampung..hahaha men meriam lah...kasi gegau satu Tg Batu..pastu polis peronda kejar..lari daaa... memang best la mase tu..paling tak bley lupe..mase men di belakang rumah pak cik Abu..masa tu ibu mentua dia sedang sakit kuat..kami yang takde kesedaran sivik ni pun melakukan aktiviti bahaya itu dengan yakinnya..namun ku sangka panas sampai kepetang..hujan jua di tengahari..hahaha sekali beliau kejar kami menggunakan motosikalnya yang cun itu..di tangannya saya terlihat sebilah parang panjang..masyaallah..betul punyer marah beliau ketika itu...ape lagi...caaabuuuuttt..
saya mengayuh laju basikal saya yang berperewel mati itu..macam nak tercabut lutut ni..jantung pun berdenyut laju..hahaha padan muke aku..sesampai di rumah, saya lihat along ku sedang syok goyang kaki di kerusi malas yang tersergam indah di depan branda rumahku..ciss..bila mase plak dia bley sampai dulu..huhu magic btul.. Pada keesokan harinya, kami dikuliahkan oleh tok penghulu mase menghadiri solat terawih..hahaha..kena marahhh daaa..kantoi..Pak Abu dah kenal daa..huhu

Hmm..tringat zaman muda mudi dulu best jugak..huhu ape pun semuanya dah berlalu..jika hari ni saya balik kampung..saya hanya duduk di rumah atau hanya dengar budak2 kampungku yang baru nak membesar tu duk men meriam..macam aku jugakkk...hahaha ape pun, saya harap raya tahun ni lebih meriah daripada raya yang terdahulu...hmm..rindu kat mak abah...anak2 oren yang dah beso panjang.. Tunggu kepulangan ku..nak pasang pelita keliling rumah..biau terang skit rumah tu..hehe..ok..nak sambung wat esaimen...keje..keje.....argghhhh...tensennn..

Posted at 12:39 am by MrRuffyz
sila la komen  

Thursday, September 03, 2009
hmm..

ada yang tuduh saya tak gembira dengan apa yg dia dah buat...hmm..buat la ape yg awak suke..

Posted at 11:57 am by MrRuffyz
sila la komen  

Tuesday, September 01, 2009
popiah basah..nyam2..

Assalamualaikum..

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut kemerdekaan negara yang ke - 52. Dah berpuluh tahun merdeka..tapi ape benda yang merdeka saya pun tak tahu..haha. Hari ni dah 11 hari berpose..semuanya ok dan berjalan dengan lancar. Minggu lepas, minggu yang paling tough bg saya...4 esaimen dan 2 perbentangan..huhu memang penat..bersengkang mata sampai sahur siap kan semua kerja.. Alhamdulillah, semuanya dapat disiapkan..leganyer hati..kerja banyak, bile separuh hari pose, perut mula la rase lapo..biase la..bulan pose ni..macam2 lagu kuar..huhu tande lapo la tu..



So, ape yang susah..saya dah setel kan..bley la duk ngn tenang..haha kalo tidak, asyik duk pikir je..sampai pening kpale ni..hmm..memang rase cam nek rollercoster tu..haha tonggang-langgang dalam fikiran ni. Tak per la..ape pun semuanya dapat ku handle dengan bijak dan tersusun..harap tiada sebarang kesulitan. Masa nalik klas Dr Talib tengahari td, tiba-tiba je saya terkenang akan kuih yang sedap2..karipap sardin, karipap kentang, kuih puteri mandi, kcucur badak, cucur udang, kuih lapis, kuih gulung, kuih ape lagi..macam2 la..hahaha. al maklum lah..bulan pose kan...saya teringin sangat nak makan popiah basah..huhu kenapa lah dgn ku ini..makruh lo...hahaha petang kang g cari lah kt bazar..mane tau de jodoh..dapat cari kuih tersebut..hehe..oh popiah basah..ku telah jatuh cinta..hahaha



Bestnyer popiah....nak singgit..hehehe


Kuih Sagu..rindu mak buat kuih ni..huhu nyamm2..




Posted at 01:53 pm by MrRuffyz
Comment (1)  

Saturday, August 22, 2009
Ramadhan Al-Mubarak sudah tiba...

Assalamualaikum...

22 Ogos 2009 bersamaan hari Sabtu..semua umat Islam di seluruh Malaysia dan dunia telah berpuasa setelah tibanya bulan yang paling mulia dalam segala bulan... Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga segala amalan dan kebaikan yang dibuat mendapat pahala berlipat kali ganda di bulan yang diberkati ini...Amin.



Kepada rakan-rakan semua, saya mengucapkan selamat berpose dan jangan tak pose plak yer..huhu kang tak leh raya..(arwah nenek slalu ckp cmni dolu2..) So, selama sebulan ni, kita bersama-sama berpose insyaallah..sehingga genap 30 hari dan menantikan bulan kemenangan kita pula..hehe

Wassalam...

Posted at 12:19 am by MrRuffyz
sila la komen  

Next Page